Cari:
Sektor Perkhidmatan, Penjana Baharu Ekonomi ASEAN
2013-11-01 12:39:21 CRI Cetak

Berdasarkan statistik terkini yang diumumkan oleh Sekretariat ASEAN minggu lalu, sumbangan sektor perkhidmatan terhadap pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sepuluh negara anggota ASEAN adalah paling tinggi, diikuti oleh sektor perindustrian. Manakala, sumbangan sektor pertanian menurun berturut-turut dalam tujuh tahun yang lalu. Antara sepuluh negara anggota ASEAN, sumbangan sektor perkhidmatan di Filipina terhadap pertumbuhan KDNK merupakan paling tinggi dengan mencatat 56.9%, manakala di Kemboja paling rendah, tetapi pun mencatat 38.4%. Kadar sumbangan sektor perkhidmatan terus meningkat dan telah menjadi penjana ekonomi yang penting di ASEAN. Kadar sumbangan sektor perkhidmatan dan industri terhadap pertumbuhan KDNK telah melebihi 80% di kebanyakan anggota ASEAN.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), Mohd Ridzal Sheriff berkata, seiring dengan pembangunan ekonomi pelbagai anggota ASEAN, sektor perkhidmatan menjadi semakin penting dan telah banyak menyumbang kepada KDNK. Singapura, Malaysia dan beberapa negara ASEAN yang pendapatannya agak tinggi sedang berusaha mengembangkan sektor perkhidmatan yang bertaraf tinggi. Misalnya, Malaysia mempunyai keunggulan dalam bidang perkhidmatan kewangan, akaun, perundingan dan projek kejuruteraan. Kerajaannya akan melaksanakan pembaharuan untuk menggalakkan perkembangan perkhidmatan perundingan, perkhidmatan pembinaan dan perkhidmatan projek kejuruteraan pada masa depan.

Menurut pakar ekonomi Malaysia, sumbangan sektor perkhidmatan bertaraf tinggi terhadap pertumbuhan ekonomi negara itu akan menjadi semakin besar. Pada beberapa tahun akan datang, sumbangan sektor pertanian dan perkilangan terhadap KDNK Malaysia akan terus menurun, manakala, pertumbuhan sektor perkhidmatan akan mencatat 6.5% hingga 7.5% setahun dan menjadi penjana utama bagi ekonomi Malaysia.

Berdasarkan statistik, ekoran krisis kewangan global, pertumbuhan ekonomi negara-negara ASEAN menjadi perlahan pada tahun 2009. Bagaimanapun, KDNK ASEAN dikekalkan peningkatan sejak tahun 2005, sehingga mencatat USD 2.31 trilion pada tahun 2012, meningkat 5.7% berbanding tahun 2011. Antaranya KDNK Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand mencatat USD 2.1 trilion. KDNK perkapita ASEAN pada tahun 2012 mencatat USD 3,751, USD 160 lebih tinggi berbanding tahun 2011. Digalakkan oleh pertumbuhan ekonomi Filipina dan Thailand, pertumbuhan KDNK lima negara ASEAN tersebut mencapai 5.1% pada setengah tahun pertama tahun ini, lebih tinggi berbanding masa yang sama tahun lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China