Cari:
Haiyan Uji Kemampuan Filipina, Vietnam Tangani Bencana
2013-11-12 16:20:49 CRI Cetak

Taufan Haiyan yang membadai Vietnam dan Filipina baru-baru ini mengakibatkan kerugian yang besar. Haiyan yang melanda utara Vietnam semalam, dilaporkan mengakibatkan 14 orang terbuhuh, empat orang hilang dan 81 lagi cedera. Sementara itu, angka korban di Filipina akibat taufan itu terus meningkat. Menurut Suruhanjaya Pengurangan Bencana Negara Filipina, setakat malam tadi, Haiyan telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 1,774 orang terbunuh, 82 hilang dan 2,487 lagi cedera di negara itu.

Media Vietnam melaporkan, taufan Haiyan tidak mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan besar di Vietnam berikutan persiapan rapi oleh kerajaan pelbagai peringkat, selain kekuatan taufan itu telah berkurang ketika melanda negara itu.

Taufan Haiyan meninggalkan kemusnahan yang amat besar di Filipina. Presiden Benigno Aquino Ⅲ yang mengisytiharkan keadaan bencana negara semalam, mengarahkan jabatan-jabatan terlibat memperhebat operasi menyelamat. Setakat malam semalam, kumpulan penyelamat masih tidak dapat sampai ke kawasan terpencil di negara itu. Bekalan elektrik dan hubungan komunikasi masih terputus di kawasan tersebut .

Menurut laporan akhbar Inquirer Filipina semalam, walaupun kerajaan telah mengeluarkan amaran serta memindahkan kira-kira 800 ribu orang penduduk awam sebelum Haiyan melanda negara ini, tetapi taufan membawa angin kencang dan ombak besar yang membadai pantai timur itu tetap menyebabkan kerugian yang besar. Haiyan mengakibatkan kematian dan kecederaan yang begitu besar juga berikutan banyak pusat perlindungan sementara terletak di dalam bangunan yang dibina dengan bata.

Menurut Suruhanjaya Pengurangan Bencana Negara Filipina, kawasan yang terjejas teruk akibat taufan Haiyan termasuk wilayah Leyte akan dilanda hujan lebat pada beberapa hari akan datang, yang bakal menjejaskan operasi menyelamat.

Setakat ini, lebih 20 negara dan wilayah berjanji memberi bantuan atau sudah terlibat dalam operasi yang berkenaan. Dalam pada itu, PBB akan menghantar barang-barang bantuan ke kawasan bencana di Filipina, tetapi barangan tersebut sukar sampai ke kawasan yang teruk terjejas. Sekarang, operasi menyelamat dijalankan dengan lambat. Banyak mangsa yang selamat sukar untuk mendapatkan air bersih, makanan dan ubat-ubatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China