Cari:
Dialog antara Yingluck Shinawatra dengan Suthep Tidak Berhasil
2013-12-02 15:31:37 CRI Cetak

Seramai lebih 10 ribu penunjuk perasaan antikerajaan Thailand yang bersumpah akan menduduki jabatan kerajaan yang penting seperti Jabatan Perdana Menteri berkonflik dengan polis semalam. Pemimpin puak pembangkang, Suthep Thuagsuban telah berdialog dengan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra dan menegaskan lagi tuntutan menubuhkan "Parlimen Rakyat". Memandangkan keadaan keselamatan semasa, kerajaan Thailand menasihatkan rakyat agar tidak keluar dari rumah pada pukul 10.00 malam semalam hingga pukul 5.00 pagi tadi.

Tarikh 1 Disember dianggap sebagai "hari pertempuran sengit" bagi Suthep. Sejak awal pagi lagi, penunjuk perasaan berarak menuju ke Jabatan Perdana Menteri, pejabat Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, dan Jabatan Polis Diraja serta beberapa banyak stesen televisyen. Ketika itu, selain 10 ribu polis yang bertugas, 600 orang askar turut dikerahkan untuk menjaga keselamatan di Jabatan Perdana Menteri. Apabila penunjuk perasaan cuba melalui sebuah jambatan, polis melemparkan gas pemedih mata dan menggunakan pistol air tekanan tinggi untuk menghalau mereka. Tindakan ini berjaya menghalang penunjuk perasaan daripada merempuh masuk ke Jabatan Perdana Menteri. Bagaimanapun, ada yang tercedera dalam tindakan polis itu.

Selain itu, Suthep juga menyeru agar rakyat di seluruh negara mogok pada 2 Disember dan berharap kesemua stesen TV awam menggantikan siaran berita kerajaan dengan berita tentang perhimpunan antikerajaan bermula hari ini. Namun, Persatuan Wartawan Thailand menolak tuntutan tersebut dan menganggap ia sebagai mengancam terhadap agensi berita.

Panglima Tentera Darat Thailand, Jeneral Prayuth Chanocha mengesyorkan agar polis dan penunjuk perasaan menghentikan tindakan masing-masing. Beliau bersedia membantu kedua-dua pihak berdialog dengan prasyarat berhentinya konflik. Seorang pegawai kanan Parti Pheu Thai (PTP) yang enggan mendedahkan namanya berkata, sekiranya situasi terus memburuk meskipun polis telah berusaha sedaya upaya untuk mengawal keadaan, Yingluck akan membubarkan parlimen sebagai jalan untuk mengakhiri perhimpunan tersebut.

Yingluck tidak mengeluarkan sebarang ulasan mengenai situasi semasa. Manakala, Suthep berkata bahawa beliau telah berdialog dengan Yingluck dan menegaskan beberapa tuntutannya yang tidak boleh ditolak ansur. Yingluck seharusnya membuat pilihan yang tepat dalam masa dua hari untuk memecahkan kebuntuan sekarang ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China