Cari:
Sukan SEA Ke-27 Berakhir di Myanmar
2013-12-24 14:57:22 CRI Cetak

Sukan SEA ke-27 melabuhkan tirainya di Stadium Wunna Theikdi di Nay Pyi Daw, Myanmar malam tadi. Sebelas kontinjen yang bertanding pada temasya kali ini ialah Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, Timor Leste, Vietnam dan Myanmar, dengan melibatkan 6,000 orang atlet untuk 33 acara sukan yang berlangsung selama 12 hari. Thailand mengungguli kontinjen lain dengan meraih 107 pingat emas, 94 perak dan 81 gangsa, manakala tuan rumah, Myanmar berada di tempat kedua dengan 86 emas, 62 perak dan 85 gangsa. Vietnam menduduki tempat ketiga dengan mengutip 73 emas, 86 perak dan 86 gangsa. Prestasi yang cukup memberangsangkan itu menunjukkan perkembangan sukan yang semakin makmur di rantau Asia Tenggara.

Majlis penutupan temasya sukan itu berlangsung dengan meriah dalam suasana yang warna-warni di Stadium Wunna Theikdi. Penonton yang hadir berpeluang menikmati percikan bunga api dan persembahan kebudayaan masyarakat Myanmar, seperti tarian gajah yang merupakan antara persembahan tradisi di negara berkenaan selain pertunjukan sukan tradisional negara tuan rumah "Chinlone" yang mirip permainan sepak takraw.

Ini merupakan kali ketiga Myanmar menjadi tuan rumah temasya sukan terbesar yang melibatkan negara Asia Tenggara itu selepas tahun 1961 dan 1969. Untuk menjayakan temasya kali ini, kira-kira 19 buah hotel tambahan dibina di Nay Pyi Daw, manakala 86 buah hotel di bandar Yangon, Nay Pyi Daw dan Mandalay menawarkan sebanyak 7,000 buah bilik kepada para peserta. Atas permintaan kerajaan Myanmar, China juga menyalurkan bantuan kepada negara itu, termasuk penganjuran upacara perasmian dan penutupan, latihan atlet-atlet, sistem pengurusan pertandingan serta peralatan sukan.

Presiden Myanmar, U Thein Sein yang berucap pada majlis penutupan tersebut menghargai prestasi yang ditunjukkan atlet-atlet negara ASEAN dalam temasya itu dan mengiktiraf sumbangan besar yang dibuat oleh staf yang terlibat.

Singapura akan menjadi tuan rumah Sukan SEA berikutnya pada bulan Jun 2015.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China