Cari:
Kenaikan Harga Barang Merisaukan Rakyat Malaysia
2013-12-27 14:55:28 CRI Cetak

Pada masa ini, kebanyakan entiti ekonomi baru muncul menghadapi tekanan yang agak besar ekoran kos hidup rakyat yang semakin meningkat. Malaysia yang ekonominya mengekalkan trend pertumbuhan yang baik juga tidak terkecuali. Kenaikan harga barangan keperluan asas berikutan perubahan dasar kerajaan mencetuskan reaksi yang hangat dalam masyarakat tempatan.

Pada tahun ini, kerajaan Malaysia telah mengurangkan subsidi bagi bahan bakar dan gula pasir putih, serta menaikkan kadar cukai keuntungan hartanah. Selain itu, pihak berkuasa juga merancang meningkatkan bayaran tol bagi lapan buah lebuh raya dalam negeri berikutan perjanjian konsesi berkenaan yang akan tamat tempohnya. Berita ini menimbulkan rasa tak berpuas hati antara kalangan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerap kali menjelaskan bahawa pihaknya tidak mahu menaikkan kos hidup rakyat. Beliau merayu kepada rakyat supaya memahami tindakan kerajaan tesebut, di samping berjanji subsidi yang dikurangkan akan digunakan dalam sektor-sektor yang lain. Walau bagaimanapun, kenaikan harga barangan keperluan asas merupakan hakikat yang tidak boleh dipersoalkan.

Setelah harga bahan bakar dinaikkan September lalu, sesetengah restoran di Kuala Lumpur turut meningkatkan kos pengurusannya. Orang Melayu mempunyai waktu minum setiap hari, jadi peningkatan harga gula pasir putih menyebabkan kos perbelanjaan harian keluarga bertambah. Selain itu, sejumlah perusahaan kecil dan sederhana juga mengalami tamparan yang besar. Kebanyakannya terpaksa mengurangkan jumlah pekerja demi meneruskan operasi mereka.

Untuk meredakan situasi semasa ini, program "Bantuan Rakyat 1 Malaysia" (BR1M), iaitu bantuan kewangan kerajaan akan disalurkan kepada rakyat secara sekali setahun. Pendaftaran permohonan BR1M telah dimulakan pada 23 Disember lalu. Jumlah bantuan pula akan ditingkatkan daripada 500 ringgit kepada 650 ringgit.

Sesetengah ahli politik menganggap, langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan sekarang ini, seperti mengurangkan subsidi, meningkatkan cukai dan memberi subsidi yang baharu, tidak berguna bagi mengurangkan bajet defisit.

Akhbar Utusan juga menerbitkan karangan yang mengkritik prestasi kerajaan dalam usaha menangani masalah kenaikan harga barangan.

Cawangan UMNO tempatan menggesa supaya membentuk satu badan khas yang dipimpin oleh PM atau timbalan PM untuk menyelesaikan masalah itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China