Cari:
Keselamatan Siber Masalah Serius di Indonesia
2014-01-03 13:35:03 CRI Cetak

Menurut laporan Jakarta Globe Indonesia, Menteri Komunikasi dan Sains dan Teknologi Maklumat Indonesia, Tifatul Sembiring menyatakan bahawa berdasarkan laporan terkini, jumlah kes penggodaman laman sesawang melebihi 1.2 juta di negara itu pada tahun lalu, iaitu pada puratanya 42 ribu kes berlaku setiap hari. Hal ini menjadikan situasi keselamatan siber Indonesia paling buruk di dunia.

Menurut satu lagi laporan rasmi negara itu, sebagai negara mangsa serangan siber yang paling serius, Indonesia juga merupakan negara punca utama serangan siber di dunia. Menurut statistik, sebanyak 38% kes serangan siber yang berlaku di dunia pada tahun lalu berpunca dari Indonesia.

Pada tahun 2013, jumlah pengguna internet di Indonesia mencatat lebih 75 juta orang atau 30% daripada seluruh populasi negara itu. Selain pertambahan jumlah pengguna internet, kelajuan internet di Indonesia juga telah dilipatgandakan melalui teknologi baharu. Perkembangan ini turut melahirkan lebih ramai penggodam di negara berkenaan.

Selain tujuan jenayah biasa, penggodam Indonesia juga mempunyai tujuan politik di sebalik aktiviti mereka. Pada tahun 2009, penggodam Indonesia melancarkan serangan besar-besaran terhadap laman sesawang rasmi kerajaan Malaysia demi melahirkan ketidakpuasan hati atas penghantaran balik pekerja haram Indonesia. Pada awal tahun 2013, penggodam Indonesia menggodam laman sesawang rasmi Presiden Susilo Bambang Yudhoyono untuk melahirkan ketidakpuasan hati terhadap dasar internet di negara itu. Pada penghujung tahun lalu, mereka menggodam pula laman sesawang kerajaan Australia sebagai balasan bagi penglibatan Australia dalam pengintipan AS terhadap Indonesia.

Sehubungan dengan itu, Indonesia telah bertindak untuk mengawal keselamatan siber di negaranya. Selain mengintensifkan pengkuatkuasaan Undang-undang Maklumat dan Perniagaan Elektronik, Indonesia turut meningkatkan kaunseling untuk penggodam khususnya golongan muda supaya mengelakkan mereka terjebak dalam jenayah disebabkan sifat ingin tahu. Kini, kerajaan Indonesia sedang mempertimbangkan agar mencontohi Singapura untuk mengadakan pertandingan menggodam supaya meningkatkan keupayaan industri keselamatan siber di negaranya. Namun, Indonesia merupakan sebuah negara yang jumlah penduduknya besar, sama ada tindakan kerajaan akan berkesan dan dapat bersaing dengan perkembangan teknologi internet masih belum diketahui.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China