Cari:
Analisis "Skim Bantuan Kesihatan Komuniti" Singapura
2014-01-22 14:35:55 CRI Cetak

Kini, lebih 520 ribu orang warga Singapura dapat menikmati rawatan bersubsidi di bawah "Skim Bantuan Kesihatan Komuniti" (CHAS) selepas umur kelayakan bagi skim itu diturunkan pada 1 Januari lalu. Mereka yang berpendapatan rendah dan berusia 40 tahun ke bawah boleh mendapatkan kad perubatan biru atau jingga. Mereka yang menerima rawatan pesakit luar dari doktor dan klinik pergigian swasta bakal memperoleh subsidi yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan.

Meskipun kad perubatan Singapura ini nampaknya serupa dengan kad berkenaan China, namun terdapat perbezaan yang besar antara kedua-duanya. Kad perubatan Singapura ini merupakan langkah tambahan untuk membantu keluarga Singapura yang berpendapatan rendah. Keluarga yang jumlah pendapatan bulanannya kurang daripada SGD1,800 layak menikmati bantuan tersebut. Ini meliputi hampir separuh keluarga di republik itu.

Mereka yang berpendapatan SGD1,100 ke bawah boleh memohon kad perubatan biru dan yang berpendapatan SGD1,800 ke bawah memperoleh kad jingga. Dimaklumkan, hampir separuh doktor dan klinik pergigian swasta terlibat dalam CHAS. Pemegang kad biru akan diberi subsidi maksimum SGD480 setiap tahun manakala pemegang kad jingga diberi subsidi sebanyak SGD300. Belanja kerajaan untuk CHAS dijangka mencatat SGD38 juta pada tahun ini.

Sistem perubatan Singapura terdiri daripada tiga bahagian, iaitu Medisave, Medishield dan Medifund. Ketiga-tiga program bantuan tambahan itu menetapkan, kos perubatan dipikul bersama-sama oleh tiga pihak, iaitu individu, masyarakat dan kerajaan.

Melalui pengujikajian dan pelarasan selama beberapa tahun, Singapura berjaya membentuk sistem perubatan yang menjamin rakyatnya dapat menikmati penjagaan kesihatan yang lebih baik. Dulunya, republik itu mencontohi sistem kebajikan Britain dan memperkenalkan perkhidmatan kesihatan yang percuma. Tindakan itu telah memberatkan beban kewangan kerajaan. Namun, sistem perubatan yang dilaksanakan pada masa ini lebih mengutamakan tanggungjawab peribadi, iaitu setiap orang perlu prihatin terhadap kesihatan sendiri. Pendek kata, warga Singapura terjamin menikmati perkhidmatan perubatan yang baik, dan kos berkenaan bakal dikongsi oleh kerajaan, individu dan masyarakat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China