Cari:
Vietnam Bakal Longgarkan Piawaian terhadap Syarikat Modal Asing
2014-02-27 13:17:48 CRI Cetak

Seminar tinjauan pendapat umum mengenai pemindaan undang-undang pelaburan Vietnam diadakan di Hanoi baru-baru ini. Pindaan berkenaan dianggap bertujuan untuk menyediakan suasana pelaburan yang lebih telus kepada peniaga asing, meminda prosedur pengesahan dan kelulusan dalam proses pentadbiran dan menangani kesukaran dalam penilaian keberkesanan pelaburan. Dimaklumkan, salah satu pindaan penting adalah mentakrifkan syarikat modal asing.

Pembahasan pindaan undang-undang pelaburan menarik perhatian meluas masyarakat domestik dan antarabangsa. Empat perkara perlu dijelaskan dalam undang-undang berkenaan, iaitu pentakrifan pelabur asing, prosedur penubuhan syarikat modal asing, pembelian saham syarikat milik negara oleh syarikat modal asing dan dasar berkenaan. Undang-undang pelaburan Vietnam sekarang yang mula dikuatkuasakan pada tahun 2005 tidak memberikan takrifan yang tepat bagi pelabur asing, dan hanya menetapkan bahawa syarikat yang 1% sahamnya dipegang oleh pelabur asing disifatkan sebagai syarikat modal asing.

Walau bagaimanapun, menurut peraturan nombor 102 yang dikeluarkan pada tahun 2010, hanya syarikat yang lebih 49% modalnya adalah modal asing tertakluk kepada dasar berkaitan pengurusan dan pelaburan asing. Dengan ini, terdapat percanggahan dalam kedua-dua undang-undang tersebut. Berdasarkan pindaan baharu, pelabur asing merangkumi pelabur yang merupakan warganegara asing, pertubuhan yang ditubuhkan di seberang laut dan beroperasi mengikut peraturan negara lain, perusahaan yang ditubuhkan di Vietnam yang lebih daripada 50% sahamnya dimiliki oleh individu atau pertubuhan asing, serta perusahaan yang lebih separuh stafnya adalah individu asing, pertubuhan asing, syarikat berhad asing atau syarikat usaha sama.

Selain itu, pendapat umum dari masyarakat domestik terhadap pindaan undang-undang pelaburan juga dicerminkan dalam usaha memudahkan prosedur kelulusan pentadbiran, penyepaduan dasar keutamaan terhadap pelaburan asing secara langsung dan tidak langsung. Berhubung layanan sama rata terhadap pelaburan asing secara langsung dan tidak langsung, kalangan perundangan Vietnam berpendapat, pemahaman di pelbagai tempat jauh berbeza. Terdapat sesetengah syarikat asing yang masih tidak dapat menikmati dasar keutamaan pembangunan meskipun 95% saham syarikat berkenaan telah dimilikinya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China