Cari:
Pembakaran Pokok Plantain di Indonesia Sukar Ditangani
2014-03-04 13:47:21 CRI Cetak

Pembakaran pokok plantain di Indonesia terus-menerus berlaku sejak awal bulan lalu. Setelah 12 suspek yang terlibat dalam kes ini ditahan pada bulan lalu, polis provinsi Riau mengeluarkan waran tangkap terhadap dua perancang utama yang membakar pokok plantain secara haram di sebuah taman negara di Bengkalis baru-baru ini. Menurut polis, mereka yang melakukan jenayah ini pasti akan dikenakan hukuman.

Berikutan peningkatan kritikan masyarakat antarabangsa dan kesedaran tentang kesan buruk akibat membakar pokok plantain, kerajaan Indonesia turut meningkatkan pengawalan berkenaan. Baru-baru ini, polis provinsi Riau, provinsi yang paling teruk berlaku pembakaran pokok plantain di negara itu, memulakan siasatan terhadap tujuh buah syarikat yang disyaki terlibat dan menangkap 26 suspek serta mengeluarkan waran tangkap terhadap dua dalang utama yang membiayai kegiatan jenayah tersebut. Menurut polis, kedua-dua suspek itu mungkin sedang bersembunyi di bandar Medan, provinsi Sumatra Utara. Sekiranya didapati bersalah, mereka akan dijatuhi hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun.

Menguruskan pembakaran pokok plantain bukan perkara yang senang. Ini kerana kerajaan Indonesia masih belum dapat menyediakan keadah membersihkan tanah pertanian yang lebih baik kepada penduduk dan syarikat tempatan. Selain itu, meskipun kegiatan sesetengah syarikat merosakkan alam sekitar, namun kerajaan tidak mahu benar-benar mengambil tindakan terhadap syarikat-syarikat itu kerana mereka membayar cukai kepada kerajaan.

Walaupun terdapat pertubuhan perlindungan alam sekitar di Indonesia yang giat melobi supaya pembakaran dihentikan, namun jerebu akibat pembakaran pokok plantain tidak menjejaskan pulau Jawa yang kepadatan penduduknya paling tinggi di negara itu. Oleh itu, kebanyakan warga Indonesia tidak menghiraukan hal ini. Tambahan pula, pilihan raya akan diadakan di Indonesia pada tahun ini, penduduk Indonesia lebih menumpukan perhatian kepada pilihan raya Presiden. Memandangkan masalah pembakaran pokok plantain amat sukar ditangani, tiada calon yang ingin menyebut tentangnya dalam kempen mereka. Walau bagaimanapun, Singapura dan Malaysia yang lebih dekat dengan provinsi Riau paling teruk terpengaruh akibat pembakaran pokok plantain di Riau. Kedua-dua negara itu perlu memberikan bantuan kepada Indonesia untuk menyelesaikan masalah ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China