Cari:
Indonesia Batalkan Penggunaan Istilah "Cina"
2014-03-21 15:16:19 CRI Cetak

Menurut pengumuman yang dikeluarkan melalui laman sesawang sekretariat Preseiden Indonesia kelmarin, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menandatangani Dekri Presiden ke-12 pada 14 Mac lalu, yang membatalkan istilah "Cina" yang mula digunakan sejak tahun 1967 untuk menyebut negara China dan perantau Cina di Indonesia kerana bersifat diskriminasi. Sekarang, istilah ini akan diubah kepada "Tiongkok dan Tionghoa" yang pernah digunakan selepas Indonesia mencapai kemerdekaan pada tahun 1945. Bermula tarikh penandatanganan itu, istilah Tiongkok dan Tionghoa akan digunakan dalam semua dokumen kerajaan, buku teks dan media. Ini merupakan langkah baharu Indonesia dalam usaha menyatupadukan bangsa.

Istilah Tiongkok dan Tionghoa yang berasal daripada bahasa Indonesia dan dialek Hokien China, hanya digunakan dalam bahasa Indonesia. Pada tahun 1950, China dan Indonesia dalam dokumen penjalinan hubungan diplomatik telah pun menggunakan nama Republik Rakyat Tiongkok dan surat yang rasmi antara kedua-dua kerajaan turut menggunakan nama itu sejak masa itu.

Penggunaan istilah "Cina" adalah hasil daripada zaman pemerintahan bekas Presiden Indonesia, Haji Mohammad Suharto. Keputusan presiden berkenaan ditandatangani selepas kejadian pengecualian perantau Cina berlaku pada tahun 1965. Pada 25 Julai 1967, usul mengenai menggantikan istilah Tiongkok/Tionghoa dengan kata "Cina" yang digunakan semasa penjajahan Jepun dikeluarkan secara rasmi. Tujuannya adalah untuk menghasut kebencian rakyat Indonesia terhadap China dan orang Cina di Indonesia. Dalam tempoh hampir 50 tahun, orang Cina di Indonesia sentiasa berasa malu ketika dipanggil "Cina", hakikatnya gelaran itu juga mengakibatkan jurang yang amat besar dan pertentangan yang tajam antara pelbagai kaum di Indonesia.

Selepas pemerintahan Suharto berakhir pada tahun 1998, Indonesia memasuki tempoh pembaharuan demokratik, dasar-dasar bersifat diskriminasi terhadap orang Cina mulai dibatalkan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, pemimpin dan kumpulan orang Cina di Indonesia sentiasa menyeru agar membatalkan penggunaan istilah "Cina". Presiden Susilo Bambang Yudhoyono memilih masa ini untuk mengeluarkan keputusannya tersebut setelah mempertimbangkan beberapa aspek.

Pertama, sejak Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menyandang jawatannya pada tahun 2004, ekonomi Indonesia mengekalkan pertumbuhan yang pesat dan mapan. Indonesia menjadi entiti ekonomi ke-15 terbesar di dunia, dan pendapatan rakyatnya juga semakin bertambah. Semua ini menyediakan asas ekonomi yang baik untuk terus memperbaiki hubungan antara pelbagai kaum di negara ini.

Kedua, melalui undang-undang kewarganegaraan baharu, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono telah membatalkan konsep politik "bumiputra" dan "bukan bumiputra". Tindakan ini telah menyediakan suasana politik dan sosial yang lebih memudahkan pembatalan kata "Cina".

Ketiga, pada bulan Oktober 2013, Indonesia telah memutuskan untuk menaik taraf hubungan dengan China kepada hubungan rakan strategik komprehensif. Pembatalan kata "Cina" juga dipercayai akan membantu meningkatkan kerjasama yang rapat antara kedua-dua negara.

Akhir sekali, tahun ini merupakan tahun pilihan raya Indonesia, tempoh kempen pilihan raya telah pun bermula pada 17 Mac lalu. Golongan konservatif Indonesia tidak sempat mempedulikan keputusan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono itu, manakala Presiden Susilo pula boleh mengambil kesempatan ini untuk menunaikan komitmen politiknya yang menjanjikan kesamaan antara kaum sebelum tempoh perkhidmatan beliau tamat. Serentak itu, keputusan beliau itu juga boleh membantu partinya memenangi lebih banyak undi daripada kaum Cina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China