Cari:
Perkembangan Terkini Operasi Mencari Pesawat MH370
2014-04-01 15:08:29 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak akan melawat Australia esok untuk melihat sendiri perkembangan terkini operasi mencari selain merakamkan ucapan terima kasih kepada semua anggota yang menyertai operasi berkenaan. Demikian dinyatakan oleh Menteri Pertahanan merangkap Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam sidang akhbar semalam.

Pada masa yang sama, Hishammuddin telah berlepas ke Hawaii malam semalam untuk menyertai Sidang Menteri Pertahanan ASEAN yang dianjurkan oleh Setiausaha Pertahanan AS, Chuck Hagel. Dalam sidang tersebut, beliau akan memaklumkan perkembangan terkini operasi mencari kepada negara-negara ASEAN dan AS serta membincangkan kemungkinan untuk menggunakan peralatan ketenteraan khas dalam operasi mencari.

Sebelum sidang akhbar itu, Hishammuddin telah bertemu dengan utusan khas dan delegasi kerajaan Indonesia. Menurut beliau, Indonesia telah menyediakan kemudahan kepada 94 buah pesawat dari sembilan buah negara yang melewati ruang udaranya untuk operasi mencari berkenaan.

Merujuk kepada permintaan keluarga penumpang China yang mahu penjelasan teknikal yang lebih terperinci, Hishammuddin menyatakan bahawa kerajaan Malaysia akan mengadakan penjelasan peringkat tinggi yang disertai oleh beberapa pakar kanan untuk menjelaskan perkembangan terkini kepada keluarga penumpang China dengan segera. Pakar-pakar tersebut dari China dan negara lain dan akan disiarkan langsung kepada keluarga penumpang yang berada di Beijing.

Dalam kenyataannya ketika bertemu dengan sebahagian keluarga penumpang dari China dan Malaysia, Hishammuddin berjanji bahawa Malaysia dan kumpulan penyelamat antarabangsa tidak akan berputus asa dan terus berusaha menjalankan operasi mencari.

Pada masa yang sama, beliau juga menegaskan bahawa kenyataan Najib pada 24 Mac lalu tidak menyebut pesawat MH370 terhempas dan tiada mangsa yang selamat. Beliau hanya memberitahu bahawa penerbangan itu berakhir di selatan Lautan Hindi. Beliau juga menegaskan bahawa Malaysia tidak pernah menyembunyikan apa jua fakta. Bagaimanapun, pihaknya perlu mengikuti prosedur tertentu, iaitu hanya mengumumkan maklumat setelah diperakui pihak penyiasat.

Lihat juga
berita lain
v Tragedi MH370: Hubungan Malaysia-China Tidak Terjejas 2014-03-31 12:44:34
v Pesawat China Temui Objek Terapung 2014-03-30 15:01:31
v MH370: China Perhebat Operasi Mencari 2014-03-28 15:33:13
v Misi Mencari Ditangguh 2014-03-27 15:47:23
v Wakil Khas China Jumpa Najib 2014-03-27 15:38:21
v MH370: Kapal Xuelong China Tiba di Lokasi Penemuan Objek 2014-03-26 15:38:57
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China