Cari:
China Sediakan Bekalan Logistik Bagi Jamin Operasi Pencarian
2014-04-19 14:45:30 CRI Cetak

Tentera China secara cemas menghantar 400 liter minyak pelincir enjin pesawat dari Guangzhou ke Perth Australia semalam untuk menjamin operasi mencari MH370 yang disertai oleh Tentera Udara China dapat diteruskan.

Memandangkan jangka operasi mencari yang tidak menentu, Tentera Udara China telah meminta bantuan dari sebuah syarikat perkhidmatan minyak Singapura di Perth pada 13 April lalu untuk menyediakan minyak pelincir enjin sebanyak dua kali kepada pesawat tentera China. Namun, pihak Singapura malam kelmarin memaklumkan kepada China bahawa mereka tidak mampu membekalkan minyak pelincir kali kedua sebelum 22 April.

Dalam konteks ini, pihak tentera China memulakan mekanisme tindak balas kecemasan untuk menjamin operasi pencarian dijalankan dengan lancar. Dengan kerjasama pelbagai jabatan berkenaan, 400 liter minyak pelincir telah dihantar ke Perth pada subuh semalam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China