Cari:
Asia Tenggara Tangguhkan Projek Janakuasa Nuklear
2014-04-25 14:18:12 CRI Cetak

Agensi Nuklear Malaysia baru-baru ini mengumumkan bahawa projek pembinaan loji janakuasa nuklear pertama di Semenanjung Malaysia yang dijangka disiapkan menjelang tahun 2021 ditangguhkan. Sementara itu, negara lain di Asia Tenggara seperti Indonesia dan Filipina turut menunda projek janakuasa nuklear berkenaan. Setelah insiden pencemaran nuklear di Fukushima Jepun berlaku, Asia Tenggara berhati-hati terhadap penyelidikan dan pembangunan tenaga tersebut.

Penangguhan loji janakuasa nuklear yang pertama di Malaysia itu menarik perhatian meluas di masyarakat. Seiring dengan pembangunan ekonomi negara tersebut, permintaan terhadap tenaga pasti akan terus meningkat pada masa depan. Kini, sebanyak 95% bekalan tenaga di negara tersebut dijana daripada bahan api fosil. Memandangkan keadaan ini tidak boleh diteruskan, kerajaan Malaysia merancang membangunkan dua loji janakuasa nuklear. Loji pertama dijangka disiapkan dalam tempoh 10 tahun. Walau bagaimanapun, rancangan ini ditentang keras dalam masyarakat dan arena politik selepas berlakunya insiden di Fukushima. Puak pembangkang juga mempersoalkan keupayaan Malaysia menjamin keselamatan nuklear memandangkan negara ini kurang kemampuan teknikal yang berkenaan, apatah lagi selepas Jepun mengalami kemalangan yang serius meskipun telah berpengalaman 60 tahun dalam bidang ini. Puak pembangkang juga berjanji melarang pembinaan loji janakuasa nuklear di negeri yang ditadbirnya. Serentak itu, suara pertentangan dari dalam parti pemerintah juga mengakibatkan kerajaan menjadi pasif. Dengan ini, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menangguhkan rancangan nuklearnya buat sementara waktu.

Selain Malaysia, beberapa banyak negara di Asia Tenggara juga menghadapi tekanan besar. Pada 40 tahun lalu, BadanTenaga Atom Nasional Indonesia (BATAN) giat menjalankan penyelidikan terhadap reaktor nuklear dan membekalkan sumber manusia berkenaan, namun kerajaan memutuskan untuk tidak melaksanakan rancangan berkenaan. Selain itu, lokasi Asia Tenggara di kawasan yang kerap terjadi gempa bumi dan tsunami juga merupakan faktor objektif yang tidak dapat diabaikan.

Walau bagaimanapun, Asia Tenggara tidak akan menghentikan penyelidikan dan pembangunan tenaga nuklear. Menurut Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), sebanyak 100 reaktor nuklear di Asia disenaraikan dalam rancangan pembangunan pada 10 tahun akan datang. Ia merupakan 2/3 daripada jumlah keseluruhan di dunia. Selain Malaysia, Indonesia dan Filipina, Vietnam dan Thailand turut mempunyai rancangan membangunkan tenaga nuklear. Dalam Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear Dunia yang baru berakhir, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata, meskipun negaranya tidak memiliki rancangan membina loji janakuasa, tetapi perlu meningkatkan pengetahuan mengenai tenaga nuklear.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China