Cari:
Sidang Kemuncak ASEAN Tumpukan Pembinaan Komuniti
2014-05-12 13:34:14 CRI Cetak

Sidang Kemuncak ASEAN ke-24 telah diadakan di Nay Pyi Daw, Myanmar pada 10 dan 11 Mei lalu. Sidang kemuncak yang bertema " Melangkah Ke Arah Komuniti yang Aman dan Makmur" ini memfokuskan kepada usaha meningkatkan perpaduan ASEAN, mengurangkan jurang pembangunan dan menggalakkan integrasi bagi merealisasikan Komuniti ASEAN menjelang 2015.

Hasil utama sidang kali ini, "Perisytiharan Nay Pyi Taw tentang usaha merealisasikan Komuniti ASEAN menjelang 2015" yang dikeluarkan semalam sekali lagi menekankan komitmen untuk membentuk Komuniti ASEAN. Menurut perisytiharan tersebut, hanya terus berusaha untuk meningkatkan integrasi, mengurangkan jurang pembangunan antara pelbagai negara anggota dan meningkatkan kemampuan ASEAN menangani isu yang menjadi perhatian bersama, baru dapat menjayakan pembinaan Komuniti ASEAN.

Setiausaha Agung ASEAN, Le Luong Minh menyatakan, ASEAN telah sudah mencapai 80 peratus dari segi pematuhan bagi merealisasikan Komuniti ASEAN. ASEAN berkeyakinan dapat menjayakan pembinaan Komuniti ASEAN menjelang penghujung tahun 2015. Meskipun 20% kerja yang lain merupakan bahagian yang paling sukar dalam pembinaan Komuniti ASEAN, termasuk penetapan standard, penggubalan undang-undang perlindungan hak harta intelek, penyatuan undang-undang pelaburan dan pasaran kewangan, dan mengurangkan sekatan perdagangan bukan tarif, para pemimpin negara ASEAN turut menegaskan bahawa pembinaan Komuniti ASEAN akan dijayakan menurut jadual.

Bagaimanapun, pergolakan politik di beberapa negara ASEAN, kadar pertumbuhan ekonomi yang bergerak perlahan dan pelbagai unsur yang tidak menentu dalam pembangunan ekonomi serantau juga menjadi cabaran bagi mewujudkan integrasi ekonomi ASEAN.

Pergolakan politik yang berlarutan beberapa bulan di Thailand telah menjejaskan ekonomi negara itu, khususnya industri pelancongan, selain menjejaskan peranan kepemimpinan Thailand dalam pembinaan Komuniti ASEAN.

Pada masa yang sama, pertumbuhan ekonomi ASEAN menurun kepada 4.9% pada tahun lalu berbanding 5.6% pada tahun 2012. Pertumbuhan ini lebih rendah daripada jangkaan pada 5.4% dulu. Meskipun pertumbuhan di rantau ini dijangka akan ditingkatkan kepada 5.3% dengan peningkatan permintaan luar berikutan pemulihan ekonomi Barat, pembangunan negara ASEAN tetap menghadapi banyak cabaran, termasuk pengaruh penarikan balik dasar pelonggaran kuantitatif (QE) A.S. dan dasar ekonomi berhemat pelbagai negara anggota ASEAN.

Para penganalisis juga berpendapat, disebabkan wujudnya perbezaan yang ketara dalam kekuatan pelbagai negara ASEAN, ketidakseimbangan pembangunan ekonomi dan kesamaan struktur ekonomi, beberapa negara ASEAN mungkin akan memperlahan pelaksanaan dasar yang digariskan dalam Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN dan menguatkuasakan semula pelbagai jenis dasar perlindungan bagi meredakan tekanan dari dalam negeri dan menjamin pertumbuhan ekonomi negaranya sendiri.

Berdasarkan laporan Bank Pembangunan Asia (ADB) baru-baru ini, perkembangan kerjasama serantau dan integrasi ASEAN ada yang dialu-alukan, tapi juga ada yang menimbulkan kebimbangan. Pihaknya mencadangkan, untuk meningkatkan integrasi serantau dan mengelakkan amalan dasar perlindungan dalam negeri, kerajaan pelbagai negara ASEAN patut segera meratifikasi dan melaksanakan pelbagai perjanjian serantau yang telah dicapai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China