Cari:
Jepun Rancang Hantar Sukarelawan Ke ASEAN Bagi Tingkatkan Pengaruh Budayanya
2014-05-14 12:22:13 CRI Cetak

Pegawai kerajaan Jepun kelmarin memaklumkan, kerajaannya merancang menghantar 3000 orang sukarelawan ke sekolah menengah atas pelbagai negara ASEAN dalam tempoh tujuh tahun akan datang untuk menyediakan bantuan kepada guru bahasa Jepun tempatan dengan tujuan mempopularkan bahasa Jepun di negara-negara terlibat. Kerajaan Jepun berharap sukarelawan tersebut dapat memberi sumbangan bagi mempromosikan budaya Jepun di ASEAN. Kira-kira 60 orang sukarelawan akan dihantarkan ke Indonesia pada bulan September nanti sebagai kumpulan pertama.

Selepas Perang Dunia Kedua, Jepun melaksanakan "Rancangan Marshell Asia" dengan menyalurkan bantuan ekonomi dan menjalankan kerjasama perdagangan untuk berbuat baik dengan negara-negara Asia Tenggara. Sebelum tahun 2008, Jepun sentiasa merupakan rakan dagang terbesar bagi ASEAN. Bersandar pada sejumlah besar syarikat dan dewan perdagangan Jepun di Asia Tenggara, Jepun sering mengundang tokoh-tokoh dari pelbagai lapisan masyarakat negara-negara Asia Tenggara untuk melawat ke Jepun. Pada masa yang sama, pihak Jepun juga menawarkan banyak kursus dan latihan untuk mempromosikan budaya negaranya termasuk bahasa, seni gubahan ikebana dan upacara menghidangkan Teh Jepun. Bagaimanapun, seiring dengan ekonomi Jepun mengalami kemorosotan dan China menggantikan Jepun menjadi rakan dagang terbesar bagi ASEAN, pengaruh Jepun di Asia Tenggara semakin terjejas. Oleh itu, Jepun merancang menghantar sukarelawan bagi usaha memulihkan pengaruhnya di rantau Asia Tenggara.

Bantuan ekonomi, kerjasama perdagangan dan pelaburan terbukti keadah terbaik bagi Jepun menebarkan pengaruhnya. Bagaimanapun, Jepun tidak mampu bersaing dengan China yang semakin kuat untuk meningkatkan inputnya. Oleh itu, Jepun terpaksa memilih keadah yang lain. Budaya popular Jepun, termasuk fesyen, animasi dan permainan elektronik mendapat sambutan hangat di banyak negara Asia Tenggara. Selain itu, Jepun juga meningkatkan kerajsama ketenteraan dengan beberapa negara ASEAN. Disebebkan kerjasama ketenteraan agak sensitif dan kewujudan pengaruh China di rantau tersebut, Jepun tidak mungkin melaksanakan kerjasama ketenteraan secara besar-besaran di Asia Tenggara. Oleh itu, Jepun memilih beberapa negara yang mempunyai pertikaian dengan China dalam isu Laut China Selatan sebagai destinasi, termasuk Filipina dan Vietnam. Jepun telah menghadiahkan kapal peronda kepada negara-negara tersebut. Selepas perubahan dasar pengeksportan senjata Jepun mendapat pengiktirafan AS, kerjasama ketenteraan antara Jepun dengan ASEAN dijangka akan ditingkatkan.

Kebanyakan negara ASEAN pandai mencari keseimbangan antara pelbagai kuasa besar. China dan Jepun bersaing meningkatkan input di Asia Tenggara merupakan harapan pelbagai negara ASEAN. Berbeza dengan projek kerjasama antara China dengan ASEAN yang kebanyakannya merupakan program antara kerajaan, Jepun pandai menjalankan kerjasama dalam kalangan rakyat dan ini juga mudah mendapat sambutan rakyat tempatan. Taktik Jepun ini patut ditimba dan dicontohi oleh China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China