Cari:
Thailand Bangunkan Tenaga Boleh Baharu
2014-07-15 14:58:21 CRI Cetak

Thailand merupakan entiti ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara, dan juga merupakan negara pengimport petroleum kedua terbesar antara anggota ASEAN dengan lebih 60% penggunaan tenaga bergantung pada import. Untuk membaiki situasi tenaga yang serius, kerajaan Thailand membangunkan tenaga biologi bagi meneraju industri tenaga boleh baharu. Pegawai dari Institut Pengajian dan Pembangunan Tenaga Universiti Chiang Mai, Pruk Aggarangsi berkata, Thailand mempunyai kelebihan dalam usaha mengembangkan tenaga biologi. Usaha ini juga akan membantu mengurangkan kebergantungan negara tersebut terhadap import tenaga.

"Thailand amat bergantung pada import tenaga, maka Thailand menghadapi kesukaran ketika Myanmar menghentikan pengeluaran gas asli. Kini, bekalan tenaga di selatan negara pun tidak stabil lagi kerana terdapat masalah dalam eksport gas asli dari Malaysia. Thailand tidak boleh lagi bergantung pada import baik gas asli mahupun minyak. Dari segi keselamatan tenaga, ini adalah cara yang baik. Sebagai negara pertanian, Thailand tiada pilihan yang lebih baik selain mengembangkan tenaga biologi."

Sumber tenaga biologi termasuk jerami tanam-tanaman, baki perhutanan, tumbuhan yang menghasilkan minyak dan tenaga, sampah sarap dan buangan organik yang lain. Sebelum ini, kerajaan Thailand melaksanakan siri dasar yang menggalakkan pembangunan dan penggunaan teknologi tenaga biologi. Setakat ini, lebih 80% syarikat pemprosesan makanan, minyak sawit dan alkohol menggunakan tenaga tersebut.

"Kerajaan Thailand sentiasa menggalakkan industri biogas, kerana ia dapat menyelesaikan masalah persekitaran dan juga merupakan salah satu sumber tenaga. Thailand selalu menyediakan subsidi kepada industri tenaga biologi. Ini menyebabkan industri berkenaan dibangunkan dengan cepat di Thailand, bahkan mendahului negara lain di Asia Tenggara."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China