Cari:
Thai Tiada Respons terhadap Usaha AS Pulihkan Cobra Gold
2014-07-16 14:20:01 CRI Cetak

Setelah pihak tentera Thailand mengambil alih pemerintahan negara pada Mei lalu, Amerika Syarikat (A.S.) secara sepihak membatalkan latihan ketenteraan bersama Cobra Gold yang dijadualkan diadakan di Thailand. Walau bagaimanapun, A.S. mengutus kawat kepada Thailand baru-baru ini untuk meneruskan latihan tersebut pada tahun depan, namun tidak mendapat jawapan. Sikap kedua-dua pihak menarik perhatian yang meluas.

Selepas tentera Thai mengumumkan mengambil alih kuasa pada 22 Mei lalu, Ketua Turus Tentera Darat A.S., Jeneral Ray Odierno segera mengutus kawat kepada Panglima Tentera Darat Thailand, Prayut Chanocha untuk menyatakan kebimbangannya. Jabatan Negara A.S. turut membekukan dana sebanyak USD 3.5 juta kepada Thailand yang sepatutnya membiayai projek bantuan ketenteraan serta projek pendidikan dan latihan ketenteraan. Pada 25 Mei lalu, Pentagon juga membatalkan latihan bersama di Pangkalan Sattahip, Teluk Thailand yang dijadualkan pada akhir bulan itu.

Pada bulan Jun, sebilangan anggota Kongres A.S. mencadangkan supaya latihan Cobra Gold dipindahkan ke Australia dengan tujuan untuk memberikan tekanan kepada Thai. Berhubung itu, Timbalan Ketua Majlis Kebangsaan bagi Keamanan dan Ketenteraman Thailand (NCPO) merangkap Panglima Tentera Udara Thailand berkata, pihaknya enggan mengulas kerana A.S. berhak membuat pilihan sendiri.

Walau bagaimanapun, sikap A.S. berubah pada bulan Julai. Setakat 14 Julai lalu, NCPO Thailand masih tidak memberikan respons terhadap undangan A.S. itu. Menurut pihak tentera Thailand, A.S. perlu menyediakan penjelasan bertulis yang lebih terperinci bagi menunjukkan kesungguhan mereka untuk memulihkan kerjasama ketenteraan berkenaan.

Penganalisis berpendapat, perubahan sikap A.S. adalah ekoran NCPO memaklumkan rancangan pembaharuan politik dalam tempoh setahun akan datang kepada atase pertahanan dari 20 buah negara di Thailand. Tindakan pembaharuan itu membabitkan usaha menguatkuasakan perlembagaan sementara, menubuhkan parlimen dan mengadakan pilihan raya. Melalui usaha ini, A.S. melihat tekad Thailand untuk memulihkan demokrasi.

Menurut statistik media asing tentang kemampuan tentera bagi 106 buah negara di dunia, kemampuan bersepadu tentera Thai menduduki tempat ke-24. Thailand boleh dipandang sebagai kekuatan tentera yang penting di Asia Tenggara dan juga rakan penting bagi A.S. di Asia. Sekarang, A.S. ingin membaiki hubungan dengan Thailand, manakala Thailand pula menantikan pendirian A.S. yang lebih rasmi untuk mengiktiraf kedudukan NCPO yang sah. Prospek kerjasama kedua-dua pihak pada masa depan perlu diberikan perhatian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China