Cari:
Indonesia Bakal Ketatkan Kawalan terhadap Bank Modal Asing
2014-07-17 15:11:11 CRI Cetak

Indonesia akan mengemukakan rang undang-undang perbankan dengan peraturan baharu terhadap bank modal asing, iaitu kesemua bank modal asing mesti diurus dalam bentuk entiti perundangan yang berasingan. Di samping itu, kadar pegangan ekuiti asing juga akan disekat.

Rang undang-undang itu bakal diluluskan dalam Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia seawal-awalnya pada bulan September nanti. Penganalisis berpendapat, rang undang-undang yang bersifat perlindungan itu menunjukkan Indonesia sedang mengetatkan kawalan terhadap bank modal asing.

Sekatan terhadap kadar pegangan ekuiti asing menimbulkan kebimbangan pelabur asing. Berdasarkan undang-undang perbankan yang berkuatkuasa sekarang di negara itu, kadar pegangan ekuiti asing dalam sebuah bank usaha sama boleh mencapai 99%. Namun rang undang-undang baharu ini akan mengurangkan kadar tersebut kepada 40%. Ini bermakna pelabur asing tidak dapat mengekalkan majoriti pegangan saham dalam bank sendiri. Mereka berkemungkinan mencari ekuiti tempatan untuk menangani isu kecairan, namun berisiko kehilangan hak membuat keputusan dan menghadapi sekatan dalam pengelolaan dan pengurusan apabila struktur ekuiti menjadi rumit.

Setelah berlakunya krisis kewangan Asia pada tahun 1997, kerajaan Indonesia telah menyusun semula, menggabungkan dan menswastakan bank domestik di samping menggubal siri peraturan perbankan yang longgar dan bebas untuk menarik pelabur asing. Seiring dengan peningkatan bahagian pasaran bank modal asing di Indonesia, sebanyak 27% modal perbankan di seluruh negara dipegang dalam bank modal asing yang didapati mengirimkan kira-kira USD 2 bilion ke seberang laut setiap tahun. Ini mengakibatkan defisit imbangan pembayaran antarabangsa Indonesia terus meningkat. Pasaran yang "terlalu terbuka" menyebabkan sektor perbankan domestik lebih berwaspada. Maka, dasar tersebut dialu-alukan oleh sektor perbankan domestik.

Ahli ekonomi kanan Bank Standard Chartered cawangan Indonesia berpendapat, draf baharu itu mungkin tidak membawa manfaat kepada mana-mana pihak. Indonesia yang sedang giat membangunkan infrastruktur memerlukan pembiayaan untuk jangka panjang. Sebahagian besar pembiayaan bergantung pada pinjaman USD, kerana keupayaan pembiayaan bank domestik amat terhad. Bank modal asing selalu merupakan pemiutang utama bagi prasarana, perlombangan dan pengeluaran. Apabila bank modal asing diuruskan sebagai entiti perundangan, pengkadaran kreditnya bakal disesuaikan mengikut keadaan risiko Indonesia, yang dipercayai meningkatkan kos pinjaman projek infrastruktur berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China