Cari:
Analisis Kemenangan Jokowi Dalam Pilihan Raya Presiden Indonesia
2014-07-24 14:58:29 CRI Cetak

Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) Indonesia mengumumkan kelmarin, Joko Widodo (Jokowi) dan regunya, Jusuf Kalla (JK) menang dalam pilihan raya Presiden yang diadakan pada 9 Julai lalu. Berdasarkan keputusan pengiraan undi di 33 provinsi dan wilayah khas di seluruh negara, Jokowi-JK menerima 70.99 juta undi dengan kadar 53.15%. Pilihan raya Presiden kali ini dianggap yang paling sengit dan paling berpecah dalam sejarah Indonesia. Kemenangan Jokowi kali ini boleh dikaitkan dengan tiga sebab.

Pertama, Jokowi yang berusia 53 tahun berasal dari keluarga biasa. Selepas menceburkan diri dalam politik, beliau sering meninjau ke kawasan sesak dan menyalurkan bantuan kepada orang miskin dengan pendapatan sendiri. Dalam tempoh dua tahun menjawat jawatan Gabenor provinsi Jakarta, Jokowi telah melaksanakan pelbagai tindakan yang memberi manfaat kepada penduduk tempatan. Ini termasuk meningkatkan piawaian pendapatan minimum, melaksanakan insurans perubatan secara menyeluruh, dan memulihkan projek pembinaan laluan kereta api bawah tanah dan monorel yang sebelum itu tergendala selama beberapa tahun. Oleh sebab media tempatan selalu melaporkan kejayaan Jokowi, imejnya selaku pemimpin yang penyayang menambat hati para pengundi.

Kedua, Jokowi amat bijak memilih Jusuf Kalla sebagai regunya untuk bertanding dalam pilihan raya. Jusuf Kalla yang dikenali sebagai tokoh politik yang kuat, membantu Jokowi memperoleh sokongan daripada golongan masyarakat yang mahukan pemimpin yang kuat.

Dan ketiga, lawan Jokowi, Prabowo Subianto terlibat dalam dakwaan rasuah. Skandal rasuah yang turut melibatkan beberapa parti dan ahli politik dalam Liga Parti pimpinan Prabowo Subianto itu mencemar imej mereka di mata rakyat.

Berdasarkan Perlembagaan Indonesia, Jokowi akan menjawat jawatan Presiden secara rasmi pada bulan Oktober nanti. Beliau bakal berdepan dengan cabaran terutamanya dalam bidang politik dan ekonomi kelak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China