Cari:
Hubungan China-Myanmar Berkembang Baik
2014-07-25 15:32:46 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Duta Besar China di Myanmar, Yang Houlan menyatakan dalam sidang media semalam bahawa perkembangan hubungan China-Myanmar telah memasuki fasa baharu seiring dengan perubahan politik dan sosial negara itu.

Yang Houlan berkata, China dan Myanmar menjalinkan hubungan rakan kerjasama strategik menyeluruh pada tahun 2011 dan menandatangani "Pelan Tindakan Hubungan Rakan Kerjasama Strategik China-Myanmar" pada tahun 2013. China dan Myanmar merupakan penganjur Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai dan mempunyai prospek kerjasama yang baik. Berdasarkan statistik Myanmar, China adalah pelabur dan rakan dagang terbesar bagi negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China