Cari:
Rundingan Pertahanan China-Indonesia
2014-07-25 12:26:29 CRI Cetak

Menteri Pertahanan Indonesia, Purnomo Yusgiantoro mengadakan rundingan dengan Naib Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China, Fan Changlong di Jakarta semalam. Kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan mengenai hubungan dua hala dan isu yang menjadi perhatian bersama.

Purnomo berkata, persahabatan Indonesia-China terjalin sejak zaman dahulu. Interaksi dan kerjasama kedua-dua negara ini dalam pelbagai bidang semakin meningkat. Indonesia dan China tiada perselisihan di rantau Asia Pasifik, dan mempunyai banyak kepentingan bersama. Beliau berharap kedua-dua negara terus meningkatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi, rundingan pertahanan negara dan dialog angkatan tentera laut.

Fang Changlong pula berkata, pasukan tentera kedua-dua negara mencapai hasil cemerlang pada beberapa tahun kebelakangan ini. China bersedia berusaha bersama-sama dengan Indonesia untuk merapatkan interaksi, menggiatkan kerjasama keselamatan di laut, meningkatkan penyelarasan keselamatan pelbagai pola, dan memperdalam pertukaran pragmatik demi perkembangan hubungan rakan strategik secara menyeluruh kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China