Cari:
China, Laos Ikrar Perkasa Hubungan Bilateral
2014-07-29 15:57:37 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Laos, Choummaly Sayasone di Bejing semalam. Kedua-dua pihak berikrar memperkasakan hubungan antara kedua-dua parti pemerintah serta hubungan bilateral "walau apa pun perubahan yang berlaku kepada situasi antarabangsa".

Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China menegaskan, China dan Laos perlu mengukuhkan kerjasama dalam bidang penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan, meningkatkan rondaan bersama di perairan Sungai Mekong dan pengurusan kawasan sempadan, serta bersama-sama membanteras keganasan dan jenyah transnasional. Selain itu, kedua-dua negara juga perlu mengeratkan kerjasama dalam bidang kebudayaan, pendidikan, serta dalam kalangan belia untuk mendorong kemakmuran bersama di kawasan sempadan.

China bersedia mengekalkan komunikasi dan penyelarasan dengan Laos dalam hal-ehwal antarabangsa dan serantau, bagi mendorongn perkembangan hubungan China-ASEAN yang sihat, serta menggalakkan keamanan, kestabilan dan pembangunan serantau.

Choummaly, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Revolusi Rakyat Laos menyatakan, pihaknya bersedia meneruskan program pertukaran lawatan peringkat tinggi antara kedua-dua parti, di samping meningkatkan kerjasama bilateral dalam perkongsian pengalaman dalam mentadbir negara, pembangunan parti dan latihan pegawai. Beliau berharap China terus membantu Laos memajukan perkhidmatan kereta api, pertanian dan internetnya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China