Cari:
Tunjuk Perasaan di Filipina
2014-07-29 17:18:48 CRI Cetak

Presiden Filipina, Benigno Aquino III menyampaikan perutusan negara ke-5 dalam tempoh perkhidmatannya semalam. Pada hari yang sama, kumpulan badan bukan kerajaan Filipina mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran di sekitar bangunan parlimen. Mereka menyampaikan pelbagai tuntutan, termasuk menjalankan pendakwaan terhadap Aquino.

Polis menjangkakan kira-kira 7,500 orang menyertai tunjuk perasaan itu. Ahli parlimen dari Parti Bayan Muna, Neri Colmenares berkata, seruan mereka mewakili hasrat rakyat Filipina.

Aquino berdepan dengan tekanan besar selepas mahkamah agung memutuskan beliau melanggar perlembagaan baru-baru ini, selain terpalit dengan skandal rasuah. Berdasarkan keputusan tinjauan pendapat umum terkini, sokongan rakyat Filipina terhadap beliau telah menurun dengan ketara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China