Cari:
Prayut: Selatan Thailand Tidak Boleh Dipisahkan daripada Negara  
2014-07-30 15:41:47 CRI Cetak

Pihak berkuasa Thailand tidak akan membenarkan kawasan selatan yang diduduki kumpulan bersenjata antikerajaan dipisahkan dari wilayah Thailand. Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Majlis Pengekalan Keamanan dan Ketenteraman Awam Thailand, Prayut Chan-ocha dalam mesyuarat rutin Isnin lalu.

Sementara itu, Prayut juga menekankan bahawa tindakan membanteras kekerasan melalui cara kekerasan bukanlah penyelesaian yang berkekalan.

Jurucakap Pusat Perintah Operasi Keselamatan Dalam Negeri Thailand (ISOC) pula berkata, Prayut telah memberikan arahan supaya ISOC bekerjasama dengan badan-badan berkenaan di selatan Thailand dalam usaha memulihkan keamanan dan perpaduan rakyat di kawasan selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China