Cari:
Xi'an Berusaha Tarik Pelancong Malaysia
2014-08-09 16:13:54 CRI Cetak

Xi'an berusaha menarik kedatangan pelancong Malaysia selepas penerbangan langsung Air Asia mulai beroperasi sejak 2 Julai yang lalu.

Pada 8 hingga 11 Ogos, lebih 60 orang wakil agensi pelancongan dari Malaysia dijemput melawat ke bandar tersebut untuk menyertai aktiviti mempromosi pelancongan.

Dalam sidang promosi, Ketua Biro Pelancongan Xi'an Yu Yajun berkata, jabatan pelancongan dan kerajaan bandar Xi'an akan memberi kemudahan kepada pelancong Malaysia yang melawat ke bandar itu. Pengarah Jabatan Antarabangsa Biro Pelancongan Xi'an berkata, penebangan langsung Air Asia bukan sahaja akan memberi peluang baharu kepada Xi'an, tetapi juga mencerminkan hubungan baik antara China dengan Malaysia dan Xi'an dengan Malaysia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China