Cari:
China, Singapura Komited Mantapkan Hubungan Bilateral
2014-08-30 14:37:15 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China dan Singapura patut menggunakan peluang ulang tahun ke-25 hubungan diplomatik kedua-dua negara untuk mengukuhkan pertukaran lawatan peringkat tinggi, persefahaman dan kesalingpercayaan serta kerjasama dalam pelbagai bidang, sekali gus meningkatkan hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi.

Demikian dinyatakan oleh ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi ketika mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong semalam.

Yang menegaskan bahawa China bersedia bekerjasama dengan Singapura yang bakal menjadi penyelaras hubungan ASEAN dan China pada tahun depan, untuk menggalakkan kemajuan yang lebih besar dalam hubungan China-ASEAN.

Beliau turut mengalu-alukan Lee menghadiri Ekspo China-ASEAN yang bakal diadakan di Nanning, wilayah Guangxi pada bulan September nanti.

Lee berkata, Singapura bersedia memainkan peranan membina bagi menggalakkan perkembangan hubungan ASEAN dan China. Singapura turut menghormati pendirian China dalam isu Laut China Selatan. Beliau berharap pihak-pihak berkenaan dapat bekerjasama untuk memelihara keamanan dan kestabilan di perairan ini.

Yang Jiechi mengadakan lawatan rasmi ke Singapura pada 28 hingga 30 Ogos ini atas undangan kerajaan Singapura.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China