Cari:
Tiga Amanat untuk Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia
2014-09-01 11:57:09 CRI Cetak

Kira-kira 400,000 pengunjung dari pelbagai latar belakangsa bangsa dan agama di Malaysia membanjiri Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semalam.

Ketika menyampaikan perutusan Hari Kebangsaan ke-57 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) kelmarin, Perdana Menteri Malaysia,

Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan tiga Amanat Merdeka demi kesinambungan negara bangsa supaya terus gagah bersaing di persada antarabangsa.

Amanat Merdeka Pertama: Mengukuhkan solidariti rakyat Malaysia dalam menghadapi pahit getir cabaran, berdepan dengan dugaan, termasuk kebersatuan dalam kesedihan.Amanat Merdeka Kedua: Memupuk keyakinan bahawa kita mampu mencapai apa jua cita-cita sebagai sebuah negara bangsa jika wujudnya kebersatuan.

Amanat Merdeka Ketiga: Mewariskan sebuah Malaysia yang makmur lagi sejahtera.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China