Cari:
Rakyat Indonesia Menentang Kenaikan Harga Minyak
2014-09-01 13:14:38 CRI Cetak

Berdasarkan tinjauan umum terkini di Indonesia, terdapat 73% responden menentang calon Presiden, Joko Widodo meningkatkan harga minyak dalam tempoh 6 bulan setelah beliau menjawat jawatan Presiden negara itu.

Subsidi minyak telah menjadi beban berat bagi kewangan negara dan mengakibatkan peningkatan defisit bahkan menjejaskan keyakinan pelabur asing. Joko Widodo pernah menyatakan bahawa mengurangkan subsidi minyak merupakan misi utama bagi kerajaan baharunya.

Ketika diwawancara oleh Stesen Televisyen Metro minggu lalu, Joko Widodo menyatakan bahawa beliau telah bersiap menghadapi rasa ketidakpuasan rakyat. Dana yang dijimatkan dengan mengurangkan subsidi minyak akan digunakan untuk membantu pembangunan desa, syarikat kecil dan sederhana, para petani dan nelayan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China