Cari:
Kerajaan Peralihan Thailand Adakan Mesyuarat Kabinet Pertama
2014-09-10 14:59:09 CRI Cetak

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha semalam mempengerusikan mesyuarat kabinet pertama kerajaan peralihan bagi membincangkan kerja dan fungsi kabinet. Ini bererti situasi politik negara itu berkembang ke arah "tiga langkah pembaharuan" yang dijangkakan pihak tentera.

Berdasarkan rancangan berkenaan, kerajaan peralihan bakal menjelaskan garis panduan pentadbiran kepada Majlis Perundangan Negara (NLA) yang telah ditubuhkan pada akhir Julai lalu. Oleh itu, tujuan utama mesyuarat kabinet kali ini adalah menjelaskan pembahagian kerja dan membuat persiapan bagi penjelasan berkenaan. Berhubung masalah masa untuk menarik balik perintah berkurung yang menjadi perhatian meluas, Timbalan Perdana Menteri, Vishanu Krua-ngam menyatakan bahawa masalah itu sedang ditimbangkan, namun beliau tidak memberi jawapan yang konkrit.

Pihak tentera telah mengumumkan rancangan "tiga langkah" selepas mengambil alih kuasa. Tiga langkah itu ialah: pertama, memulihkan tata tertib masyarakat dalam dua hingga tiga bulan. Kedua, menggubal perlembangan sementara, menubuhkan majlis perundangan, melantik perdana menteri dan kabinet baharu dan menubuhkan suruhanjaya pembaharuan agar mendorong pembaharuan yang diperlukan. Dan ketiga, mengadakan pilihan raya umum. Setakat ini, sebahagian rancangan dalam langkah kedua telah diselesaikan. Meskipun setiap langkah menimbulkan pertikaian, namun pihak tentera tidak menghadapi halangan besar dalam usaha mendorong rancangannya.

Walau bagaimanapun, tiada jaminan bahawa pelan tersebut dapat dijayakan mengikut jadual. Setelah rampasan kuasa, pihak tentera melakukan "pembersihan" terhadap kuasa politik Thaksin. Antara 200 anggota NLA yang baru ditubuhkan, 115 merupakan anggota tentera atau polis yang berpakaian seragam, manakala 85 lagi bekas anggota parlimen, sarjana dan peniaga. Kebanyakan mereka dari kem anti-Thaksin.

Penganalisis berpendapat bahawa kem Thaksin sukar memainkan peranan dalam arena politik, namun sokongan umum terhadap kem Thaksin tidak digoyahkan ekoran rampasan kuasa tersebut. Sekiranya pihak tentera ingin mendorong pembaharuan politik di Thailand, golongan tersebut tidak boleh diketepikan, kerana ia mungkin menjadi salah satu unsur yang mempengaruhi perkembangan situasi politik Thailand.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China