Cari:
Tawaran Istimewa Sempena Ulang Tahun MAS Ke-42
2014-10-01 12:50:40 CRI Cetak
Utusan Malaysia melaporkan, Malaysia Airlines (MAS) menawarkan tawaran istimewa bagi penerbangan antarabangsa dan domestik bersempena Ulang Tahun Ke-42, sejajar dengan janji-janjinya untuk menyediakan tambang mampu milik kepada rakyat Malaysia.

Naib Presiden Kanan Serantau MAS, Datuk Muzammil Mohamad berkata, tawaran tersebut dibuka untuk tempahan sehingga 3 Oktober ini, menerusi laman webnya, pejabat tiket, ejen pelancongan yang menyertainya dan pusat panggilan. Tempoh perjalanan adalah dari 2 Oktober 2014 hingga 30 Jun 2015.

Beliau berkata, ia merupakan komitmen MAS untuk terus menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia pada harga mampu milik kepada pelanggannya.

Muzammil berkata, tambang promosi terangkum pergi dan balik syarikat penerbangan itu bermula daripada RM120 bagi perjalanan domestik Malaysia, daripada RM250 ke destinasi ASEAN, daripada RM750 ke India, daripada RM1,000 ke Asia Utara dan daripada RM2,600 ke Eropah. Tambang ke China bermula daripada RM800 ke Hong Kong, RM900 ke Kunming dan RM1,200 ke Guangzhou.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China