Cari:
Panglima Tentera Darat Baharu Thailand Janji Tidak Akan Lakukan Rampasan Kuasa
2014-10-01 13:21:15 CRI Cetak

Panglima Tentera Darat Thailand yang baharu, Udomdej Sitabutr semalam menyatakan bahawa angkatan tentera darat Thailand yang diketuainya menyokong pedoman pentadbiran Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha dan tidak akan melakukan lagi rampasan kuasa untuk menggulingkan kerajaan.

Menurut senarai nama pegawai tentera yang diluluskan oleh Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej pada 8 September lalu, Prayuth Chan-ocha telah bersara dari angkatan tentera dan jawatannya sebagai panglima tentera darat telah digantikan oleh Udomdej Sitabutr yang sebelum ini merupakan timbalan panglima. Setelah upacara penyerahan tugas diadakan semalam, Udomdej menyatakan akan terus berusaha demi keselamatan dan perpaduan negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China