Cari:
Gerakan "Menduduki Jalan Lingkar Tengah" Pengaruhi Pembangunan Ekonomi dan Kerjasama Indonesia-Hong Kong
2014-10-06 15:00:10 CRI Cetak

Ketua penyunting China Daily Indonesia yang bakal diterbitkan bulan ini berpendapat, gerakan "menduduki jalan lingkar tengah" mempengaruhi pembangunan ekonomi dan kerjasama antara Indonesia dengan Hong Kong.

Perhimpunan haram yang dilancarkan pada akhir bulan September lalu oleh segelintir penduduk Hong Kong itu telah membawa kesan serius kepada tata tertib sosial dan aktiviti ekonomi, mengganggu kehidupan penduduk dan suasana pembelajaran di kawasan terbabit, menjejaskan nama baik Hong Kong di mata dunia serta mempengaruhi kerjasama ekonomi, perdagangan dan pertukaran pelancongan dengan negara ASEAN termasuk Indonesia. Indonesia berasa amat kesal ekoran Hong Kong kehilangan status sebagai pusat kewangan antarabangsa.

Berdasarkan keputusan yang dibuat Kongres Rakyat Kebangsaan China, setiap penduduk Hong Kong yang layak mengundi berhak memilih ketua eksekutif mereka pada tahun 2017 berdasarkan prinsip "seorang seundi". Ini merupakan kemajuan besar ke arah pemilihan yang demokratik. Oleh demikian, puak pembangkang tiada alasan untuk melancarkan tunjuk perasaan untuk menentang kerajaan pusat dan tempatan.

Gerakan "menduduki jalan lingkar tengah" yang disifatkan tindakan haram memberi impak besar terhadap aktiviti ekonomi dan kedaulatan undang-undang, serta menggoyahkan kestabilan dan kemakmuran masyarakat Hong Kong. Hal seumpama ini tidak diterima oleh kebanyakan rakyat Hong Kong dan tidak ingin dilihat oleh rakyat ASEAN.

Hong Kong dan Indonesia mempunyai hubungan ekonomi dan sosiobudaya yang erat. Terdapat 130 ribu warga Indonesia yang bekerja di Hong Kong selain ratusan syarikat kecil dan sederhana berurus niaga di sana. Maka, gerakan tunjuk perasaan tersebut secara langsung mempengaruhi kehidupan pekerja Indonesia tersebut serta pembangunan ekonomi dan kerjasama antara satu sama lain.

Kerajaan Hong Kong diharap dapat menghentikan tindakan haram itu dengan secepat mungkin dan memulihkan demokrasi dan pentadbiran berdasarkan undang-undang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China