Cari:
Kerjasama Malaysia-China Berpotensi Cerah
2014-10-08 12:23:39 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah ditemui anggota Dewan Negara China, Yang Jiechi di Kuala Lumpur semalam.

Najib dalam pertemuan itu menyatakan bahawa hubungan Malaysia-China adalah perkongsian strategik yang menyeluruh, kerjasama kedua-dua negara mempunyai ruangan yang amat luas dan berpotensi cerah. Malaysia amat prihatin terhadap anjuran Presiden China, Xi Jinping mengenai membina Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 dan menubuhkan bank pelaburan pembinaan infrastruktur. Malaysia akan mengambil bahagian dan berkoordinasi dengan pihak berkenaan dalam usaha itu di samping memperluas dan mengintensifkan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang.

Yang Jiechi menyatakan bahawa sejak hubungan diplomatik China-Malaysia terjalin pada 40 tahun yang lalu, hubungan dua hala berkembang pesat bahkan menjadi contoh dan memainkan peranan peneraju dalam hubungan China-ASEAN.

Yang Jiechi mengalu-alukan Perdana Menteri Najib menghadiri sidang APEC yang akan diadakan di Beijing pada bulan depan. Najib berkata beliau sedang menantikan sidang yang penting itu dan juga menyatakan akan mengekalkan komunikasi yang erat dan penyelarasan dengan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China