Cari:
Duta Besar China Penuh Keyakinan terhadap Masa Depan Hubungan China-Indonesia
2014-10-10 14:28:59 CRI Cetak

Duta Besar China ke Indonesia, Xie Feng ketika menghadiri Seminar Hubungan China-Indonesia di Jakarta semalam menyatakan bahawa beliau penuh berkeyakinan terhadap prospek perkembangan hubungan kedua-dua negara.

Xie Feng menyatakan bahawa Presiden China Xi Jinping telah berjaya mengadakan lawatan ke Indonesia pada bulan Oktober tahun lalu. Presiden kedua-dua negara mengumumkan akan membina perkongsian stretegik yang menyeluruh dan meningkatkan hubungan bilateral ke tahap yang lebih tinggi.

Xie Feng menambah, sempena menyambut ulang tahun ke-65 terjalinnya hubungan diplomatik China-Indonesia dan ulang tahun ke-60 Sidang Bandung pada tahun depan, hubungan kedua-dua negara berdepan dengan peluang perkembangan baharu. Xie berkata, beliau rasa bertuah untuk berpeluang bertemu dengan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dan Presiden terpilih Joko Widodo sejak menyandang jawatan Duta Besar China ke Indonesia, dan beliau menyedari bahawa pemimpin Indonesia tersebut amat prihatin terhadap hubungan China-Indonesia dan berharap terus memperkukuh perkongsian strategik yang menyeluruh antara kedua-dua negara.          

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China