Cari:
Strategi Ekonomi Baharu Indonesia Bakal Diumumkan
2014-10-14 15:10:32 CRI Cetak

Bakal Presiden Indonesia, Joko Widodo akan mengangkat sumpah pada 20 Oktober nanti. Pada hari itu, strategi ekonomi baharu juga akan diumumkan kerajaan, antaranya termasuk pelaburan jangka panjang sebanyak Rupiah 7,000 trilion.

Dimaklumkan, strategi ekonomi baharu yang bergaris panduan "kesalinghubungan" menumpu kepada keselamatan sumber tenaga dan keselamatan bijirin. Syarikat China akan berdepan dengan beberapa banyak peluang pelaburan dalam pembangunan infrastruktur, pembangunan perkhidmatan kewangan, kerjasama teknologi pertanian dan peleburan bijih logam.

Sebagai negara kepulauan, pembangunan ekonomi antara pelbagai kawasan di Indonesia tidak seimbang. Pulau Jawa merupakan pusat perindustrian dan perkhidmatan, manakala Kalimantan dan Sulawesi yang kaya akan hasil perlombongan, tetapi kurang maju dalam bidang prasarana dan pengangkutan.

Kerajaan Indonesia bertekad memperhebat kesalinghubungan antara pelbagai pulau, di samping memperkasakan kesalinghubungan dengan negara lain. Strategi "Jalan Sutera Maritim Abad Ke-21" dan "Jalur Ekonomi Jalan Sutera" yang dikemukakan oleh Presiden China, Xi Jinping selaras dengan harapan Indonesia demi merealisasikan kesalinghubungan dengan dunia. Indonesia dapat mengurangkan masa pengangkutan kargo ke pasaran China, Eropah dan Asia sekiranya disambungkan dalam sistem pengangkutan berkenaan.

Selain kesalinghubungan, strategi baru juga merangkumi keselamatan sumber tenaga dan keselamatan bijirin.

Indonesia kaya akan arang batu, minyak mentah dan gas asli. Untuk meningkatkan keefisienan penggunaan tenaga, kerajaan Indonesia menggalakkan pembinaan kemudahan janakuasa di sekitar kawasan pengeluaran tenaga dan membekalkan elektrik menerusi jaringan elektrik dasar laut. Oleh itu, sektor ini menyediakan banyak peluang perniagaan kepada syarikat-syarikat berkenaan.

Dalam aspek keselamatan bijirin, Indonesia sedang mempelajari teknik penanaman padi daripada China. Yogyakarta dan bandar Chengdu telah melancarkan projek kerjasama penanaman padi dengan mengimport baka padi bermutu tinggi dari China ke Indonesia. Sekiranya berhasil, kerajaan Indonesia akan menjadikan projek ini sebagai contoh untuk mempromosikannya ke seluruh negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China