Cari:
Malaysia Bawa Harapan ASEAN di Sidang Kemuncak Asia-Eropah
2014-10-16 13:29:09 CRI Cetak

Utusan Online Malaysia melaporkan, Malaysia dianggap sebagai negara yang berperanan penting mewakili rantau Asia Tenggara bagi membincangkan isu-isu ekonomi pada Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) 2014 yang bertemakan "Perkongsian Bertanggungjawab bagi Pertumbuhan Mampan" di Milan, Itali hari ini.

Duta Malaysia ke Itali, Datin Halimah Abdullah berkata, ketika menghadiri persidangan dua hari itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyampaikan ucaptama pada acara pembukaan dan sesi plenari hari pertama.

Menurutnya, sebagai Penyelaras ASEAN, Malaysia memainkan peranan penting mewakili rantau itu bagi menyelaraskan perbincangan-perbincangan ekonomi dengan negara di rantau lain.

Mesyuarat ini memberi peluang bagi pemimpin negara dari kedua-dua benua berbincang bagaimana untuk bekerjasama bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan jumlah pekerjaan di negara masing-masing.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China