Cari:
Malaysia Dipilih Anggota Tidak Tetap UNSC
2014-10-17 10:54:54 CRI Cetak

Utusan Online melaporkan, Malaysia berjaya dipilih sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) selepas memperoleh 187 undi daripada 192 negara yang mengundi bagi memilih lima wakil majlis itu semalam.

Sehingga tengah hari semalam, Malaysia diumumkan sebagai salah satu anggota kerusi tidak tetap bersama Angola yang memperoleh 190 undi, diikuti Venezuela (181) dan New Zealand (145).

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman melahirkan rasa gembira atas kejayaan Malaysia meraih undian kedua tertinggi sekali gus mencatat sejarah berbanding kejayaan sebelum ini.

Beliau berkata, kerajaan dan rakyat Malaysia ingin merakamkan penghargaan tidak terhingga kepada semua anggota PBB kerana menyokong dan mengundi Malaysia.

Katanya, jumlah undian yang melebihi sasaran 130 undi sebagai satu bonus dan keyakinan negara luar terhadap kredibiliti Malaysia dalam memperjuangkan keamanan dan keselamatan dunia.

Ini merupakan kali keempat Malaysia dipilih sebagai anggota tidak tetap UNSC. Kali terakhir negara menduduki kerusi tersebut adalah pada tahun 1999 hingga 2000.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China