Cari:
Malaysia Seru Dunia Utamakan Jaminan Bekalan Makanan
2014-10-31 11:14:36 CRI Cetak

Malaysia percaya adalah penting bagi masyarakat antarabangsa meletakkan jaminan bekalan makanan sebagai satu daripada keutamaan dalam program bantuan antarabangsa.

Ini ditegaskan wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Datuk Hussein Haniff. Melalui program seumpamanya, negara-negara membangun akan mendapat sumbangan yang diperlukan bagi meningkatkan jaminan bekalan makanan.

Beliau berharap negara-negara membangun akan dapat meningkatkan komitmen mereka bagi mengurangkan pelepasan gas hijau dalam usaha menangani peningkatan suhu global. Jelasnya perubahan iklim akan menjejaskan sektor pertanian lebih daripada sektor-sektor lain.

Sehubungan itu, Malaysia akan terus menyokong inisiatif berkenaan pada pertemuan kumpulan serantau yang sesuai dan melalui komuniti antarabangsa yang lain serta di PBB untuk mengukuhkan usaha penyelarasan dalam memastikan jaminan makanan dalam tempoh jangka panjang. Malaysia juga akan mengadakan beberapa inisiatif utama untuk mengurangkan kesan buruk perubahan iklim ke atas pengeluaran produk pertanian.

-RTM

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China