Cari:
Filipina Sahkan Kapal Perang AS Batalkan Lawatan ke Filipina
2014-11-04 14:19:30 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Rancangan lawatan tiga kapal perang AS ke Subic, Filipina pada bulan November telah dibatalkan. Demikian dikesahkan oleh Jurucakap Kementerian Luar Filipina, Charles Jose dalam sidang media semalam.

Askar AS yang disyaki membunuh transgender Filipina, Jeffrey Laude dibawa ke ibu pejabat Angkatan Bersenjata Filipina pada 22 Oktober lalu.

Namun begitu, Filipina tidak berpendapat kes transgender Filipina, Jeffrey Laude yang dipercayai dibunuh oleh askar AS merupakan punca pembatalan lawatan tersebut. Manakala, AS juga telah memberi maklumat kepada Kementerian Luar Filipina melalui saluran diplomatik bahawa pembatalan lawatan ke Subic itu disebabkan "tindakan ketenteraan".

Charles Jose menjelaskan, kapal-kapal perang AS tersebut ditempatkan di beberapa kawasan perairan di Lautan Pasifik, dan arahan tindakan ketenteraan selalu berubah. Dengan ini, pihak AS mempertimbangkan semula agenda lawatan adalah "perkara normal".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China