Cari:
Seminar Teori Parti Komunis China-Vietnam ke-10 di Vietnam
2014-11-05 14:13:17 CRI Cetak

Seminar Teori Parti Komunis China-Vietnam ke-10 yang bertemakan "Pengalaman Membina Negara Sosialis yang Ditadbir di Sisi Undang-undang" dirasmikan di Da Lat, Vietnam semalam. Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China(PKC) yang juga Setiausaha Sekretariat Jawatankuasa Pusat PKC dan Menteri Seranta Jawatankuasa Pusat PKC, Liu Qibao bersama dengan rakan sejawatnya dari Vietnam, Dinh The Huynh menghadiri majlis perasmian dan menyampaikan ucapan.

Liu Qibao menyatakan bahawa Parti Komunis China menaruh perhatian tinggi terhadap pembinaan sistem perundangan, Sidang Pleno ke-4 Jawatankuasa Tetap ke-18 PKC telah meluluskan keputusan untuk menggalakkan pentadbiran negara di sisi undang-undang. China bersedia bertukar-tukar pengalaman dengan Vietnam dalam bidang pentadbiran negara untuk meningkatkan perkongsian strategik komprehensif China-Vietnam ke tahap yang baharu.

Sebelum seminar itu, Liu Qibao dan Dinh The Huynh juga mengadakan pertemuan untuk bertukar-tukar pendapat mengenai memperkukuh hubungan parti dan negara kedua-dua pihak serta meningkatkan kerjasama dalam bidang media dan kebudayaan.   

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China