Cari:
PM China Berucap pada Sidang Kemuncak Asia Timur
2014-11-13 16:04:30 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang menyifatkan situasi di Laut China Selatan sebagai stabil pada keseluruhannya serta kebebasan pelayaran dan keselamatan di perairan berkenaan adalah terjamin. China dan negara anggota ASEAN harus melaksanakan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC), dan mempergiat kerjasama pragmatik maritim. Kami telah menjelaskan pendekatan "landasan duaan" bagi menangani pertikaian masalah-masalah tentang Laut China selatan, iaitu menerusi rundingan dan dialog yang diadakan secara langsung antara negara-negara yang terbabit, dan kestabilan serta kedamaian Laut China Selatan patut dipelihara bersama-sama oleh China dan negara ASEAN.

Beliau berkata demikian pada Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-9 di Nay Pyi Daw, Myanmar pagi tadi.

Li memaklumkan, China dan negara anggota ASEAN sedang membincangkan isu menandatangani "Perjanjian Kejiranan untuk Kerjasama dan Persahabatan" yang dianggap sebagai kerangka sistem dan jaminan undang-undang bagi matlamat merealisasikan hidup bersama dalam suasana damai secara turun-temurun.

Beliau berpendapat, integrasi ekonomi Asia Timur harus dipacu menerusi kerjasama dalam enam bidang, termasuk melicinkan kegiatan perdagangan dan pelaburan, mempergiat kesalinghubungan, memperluas skop kerjasama kewangan, memperkasakan kerjasama dalam pengurangan kemiskinan, mendorong kerjasama maritim dan mempergiat aktiviti kunjung-mengunjungi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China