Cari:
China, ASEAN Inginkan Kerjasama Dinaiktarafkan
2014-11-14 09:00:54 CRI Cetak


Kerajaan China sentiasa menjadikan tindakan menguruskan perhubungan dengan negara-negara ASEAN sebagai keutamaan diplomasinya.

Demikian ditegaskan Perdana Menteri Li Keqiang pada Sidang Kemuncak China-ASEAN (10+1) ke-17 di Nay Pyi Daw, Myanmar petang semalam.

PM berkata, China menyokong usaha membina Komuniti ASEAN serta peranan mustahak yang dimainkan ASEAN dalam pelaksanaan kerjasama Asia Timur.

Beliau berpendapat, visi pembentukan Komuniti Berkongsi Nasib Bersama China-ASEAN dapat direalisasikan menerusi langkah-langkah seperti berikut: bersama menggaris strategi besar perkembangan hubungan China-ASEAN, menaiktarafkan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN, mempercepat pembinaan jaringan asas tentang kesalinghubungan, menerokai kerjasama maritim, membincangkan penjalinan talian penting pertahanan China-ASEAN dan memperluas kerjasama dalam bidang baharu termasuk sosiobudaya, sains dan teknologi serta perlindungan alam sekitar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China