Cari:
Kerjasama Pragmatik 10+3 Harus Dipergiat
2014-11-14 09:10:22 CRI Cetak

10 negara ASEAN beserta China, Jepun, Republik Korea adalah tetangga dekatnya dari segi wilayah serta mempunyai persamaan dalam kebudayaan dan kesalinglengkapan dalam ekonomi. Kerjasama yang dijayakan antara kesemua pihak tersebut memacu proses integrasi Asia Timur.

Perdana Menteri China, Li Keqiang berkata demikian sempena berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN-China, Jepun, Republik Korea (10+3) ke-17 di Nay Pyi Daw, Myanmar petang semalam.

Demi memperkasakan kerjasama 10+3, PM Li mengemukakan enam cadangan termasuk memacu proses penyepaduan ekonomi Asia Timur, meningkatkan tahap kerjasama kewangan serantau, merapatkan kesalinghubungan serantau, mengeratkan lagi kerjasama berhubung kehidupan rakyat, menjadikan pembasmian kemiskinan sebagai keutamaan, memperluas pertukaran sosiobudaya dan mempergiat kerjasama dalam kesihatan awam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China