Cari:
Pembaharuan Indonesia Capai Hasil Peringkat Permulaan
2014-11-24 15:42:41 CRI Cetak

Presiden baharu Indonesia, Joko Widodo yang mengangkat sumpah jawatan pada sebulan lalu telah pun mengetuai kumpulan kerjanya membentuk Kabinet, memberi jaminan kebajikan kepada rakyat dan menaikkan harga minyak di samping menyertai aktiviti antarabangsa. Di samping itu, harapan yang besar ditaruh masyarakat Indonesia pada kerajaan Joko Widodo. Media negara itu menganggap bahawa dalam tempoh sebulan selepas dibentuk, kerajaan Indoensia yang dipimpin Joko Widodo telah memenuhi tanggungjawab terhadap rakyat baik dalam pentadbiran domestik atau pun urusan diplomatik. Namun, pembaharuan baru mula dilaksanakan, kerajaan baharu Indonesia masih memerlukan usaha yang berterusan.

Presiden Joko Widodo mengumumkan baru-baru ini untuk menaikkan harga minyak. Langkah ini dijangka akan menjimatkan sebanyak IDR 120 trilion kepada kerajaan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, keperluan Indonesia terhadap pengimportan minyak terus bertambah, hinggakan subsidi minyak yang menempati 20% belanjawan kerajaan menjadi beban yang berat. Penganalisis berpendapat bahawa Joko Widodo mengamalkan pembaharuan dalam isu yang sensitif ini bertujuan memperuntukkan lebih banyak dana dalam bidang pendidikan, perubatan dan pembinaan infrastruktur untuk memberi manfaat kepada lebih ramai penduduk miskin.

Oleh sebab kesesakan lalu lintas dan kekurangan bekalan elektrik, kos pengangkutan barangan dari Papua, kawasan yang paling timur Indonesia ke Jakarta Indonesia adalah tiga kali ganda berbanding dengan kos pengangkutan dari Shanghai China ke Jakarta. Prasarana yang ketinggalan zaman telah banyak menyukarkan kehidupan rakyat sekali gus menjadi sekatan terhadap pelaburan dan pertumbuhan ekonomi Indonesia. Kerajaan Joko Widodo komited untuk menggalakkan strategi Lebuh Raya Maritim yang meliputi rancangan pembinaan lebuh raya sepanjang 2,000 kilometer, 10 buah lapangan terbang baharu, 10 buah pelabuhan peringkat antarabangsa dan 10 buah taman perindustrian di samping menyempurnakan kesalinghubungan laut, darat dan udara domestik dan menggalakkan pembinaan prasarana yang melibatkan sektor sumber tenaga, telekomunikasi dan elektrik. Projek-projek tersebut dijangka menelan belanja sebanyak IDR 7,000 trilion.

Presiden Joko Widodo dalam Sidang Kemuncak Asia Timur yang baharu berakhir baru-baru ini menyatakan bahawa Indonesia sepatutnya berkembang menjadi negara maritim yang kuat. Indoensia akan mengundang negara lain untuk bekerjasama dalam usaha mengurangkan dan menghapuskan penangkapan ikan secara haram, kegiatan pencerobohan, pertikaian wilayah, jenayah lanun dan pencemaran laut.

Berdasarkan strategi membangun negara maritim yang kuat, diplomasi laut akan diutamakan dalam dasar luar kerajaan Joko Widodo. Sebelum ini, Joko Widodo pernah menyatakan secara terus terang bahawa dasar luar kerajaannya akan mengutamakan negara yang boleh membawa keuntungan besar kepada Indonesia.

Cabaran utama yang dihadapi kerajaan baharu Indonesia adalah sama ada boleh mengekalkan suasana politik yang stabil, bersih dan berkecekapan tinggi atau tidak. Selain itu, prospek ekonomi Indonesia kurang optimis berikutan kemerosotan pengeksportan dan pelaburan. Ramai pakar dan sarjana menganggap bahawa jurang perbezaan antara golongan kaya dengan golongan miskin di Indoensia amat besar, kerajaan perlu menumpukan perhatian kepada keseimbangan ketika menegaskan perkembangan ekonomi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China