Simposium Pertukaran Kebudayaan Beijing-ASEAN 2014 diadakan di Kuala Lumpur pada 28 November lalu. Lebih 20 orang artis Beijing memaparkan warisan budaya bukan benda yang bercirikan Beijing kepada rakyat Malaysia.
Naib Pengerusi Persatuan Persahabatan Rakyat Beijing dengan Luar Beijing (BPAFFC), Deng Shaohui dalam majlis perasmian itu menyatakan bahawa tahun ini merupakan tahun pertukaran kebudayaan China-ASEAN. Warisan budaya bukan benda yang dipamerkan kali ini adalah projek terbaik dalam sejarah budaya China. Beliau berharap rakyat Malaysia dapat lebih mengenali Beijing melalui aktiviti kali ini serta menggalakkan kerjasama budaya dan pertukaran sosiobudaya antara Beijing dengan Kuala Lumpur sekali gus mengeratkan hubungan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara.