Cari:
China dan Malaysia Sedia Tingkatkan Hubungan Bilateral
2014-12-02 13:26:49 CRI Cetak

Naib Perdana Menteri China, Zhang Gaoli telah ditemui rakan sejawatnya dari Malaysia, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin di Dewan Besar Rakyat di Beijing semalam.

Dalam pertemuan itu, Zhang Gaoli menyatakan bahawa tahun ini merupakan ulang tahun ke-40 penjalinan hubungan diplomatik China-Malaysia, hubungan kedua-dua negara mengekalkan perkembangan yang baik dan pesat, ini dapat dilihat daripada kesalingpercayaan strategik yang amat tinggi, pertukaran lawatan peringkat tinggi sering diadakan, kerjasama pragmatik yang melibatkan pelbagai bidang dijalankan dengan mendalam, pertukaran sosiobudaya juga ditingkatkan. Zhang Gaoli menganggap kedua-dua pihak seharusnya terus menggalakkan kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan, kewangan, prasarana, sains dan pendidikan, mempererat pertukaran sosiobudaya dan terus menyuntik semangat baharu ke dalam hubungan perkongsian strategik komprehensif.

Muhyiddin menyatakan bahawa Malaysia berharap berusaha bersama-sama dengan China untuk meningkatkan hubungan bilateral ke tahap yang lebih tinggi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China