Cari:
Pameran Setem Remaja Dunia Malaysia 2014 di Kuala Lumpur
2014-12-02 13:33:31 CRI Cetak

Pameran Setem Remaja Dunia Malaysia 2014 yang juga Pameran Setem Antarabangsa Asia ke-29 dirasmikan di Pusat Persidangan Kuala Lumpur semalam.

Pameran kali ini dianjurkan bersama-sama oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan persatuan pengumpulan setem beberapa negara lain. Seramai lebih 300 peserta remaja dari 46 buah negara dan kawasan dan peserta dewasa dari pelbagai negara Asia telah memaparkan lebih 10 ribu keping setem yang amat berharga.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Jailani Johari dalam majlis perasmian itu menyatakan bahawa pameran yang berskop paling besar di dunia ini buat kali pertama diadakan di Malaysia tentu akan menjadi peluang pertukaran dan pembelajaran yang amat baik bagi pengumpul setem tempatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China