Cari:
Tan Sri Muhyiddin Yassin: Kerjasama Pendidikan Malaysia-China Saksikan Perkembangan yang Kian Pesat
2014-12-02 15:23:20 CRI Cetak

Hubungan kerjasama dalam bidang pendidikan antara Malaysia dan China kini menyaksikan perkembangan yang kian pesat, khususnya dalam program pertukaran pelajar dan pengajian bahasa antara satu sama lain. Demikian dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Beijing hari ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sedang melakukan lawatan rasmi enam hari di China dianugerahkan ijazah doktor kehormat oleh Universiti Penganjian Bahasa-bahasa Asing Beijing(BFSU). Ketika berucap menerima ijazah tersebut, Tan Sri Muhyiddin berkata, hubungan persahabatan dan kerjasama Malaysia-China menjadi semakin erat dalam pelbagai bidang, khususnya dalam bidang pendidikan sejak penjalinan hubungan diplomatik pada 40 tahun yang lalu. Sekarang, pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan swasta telah menjadi pilihan pelajar China untuk melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang termasuk sains sosial, teknologi maklumat dan sains sejati. Di samping itu, seramai 300 orang pelajar Malaysia telah dihantar oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sejak tahun 2007 untuk belajar bahasa Mandarin di China agar menjadi guru bahasa Mandarin pada masa depan.

Kata beliau, selain BFSU, terdapat 7 buah lagi institusi pengajian tinggi di China telah menawarkan jurusan bahasa Melayu. Usaha pengajian bahasa Melayu di China menyumbang kepada persefahaman rakyat antara kedua-dua negara, selain melonjakkan nilai ekonomi bahasa Melayu. Malaysia bersetuju untuk menubuhkan Pusat Pengembangan Bahasa Melayu di BFSU. Dengan ini, BFSU akan menjadi pusat utama dalam membantu mengembangkan bahasa Melayu di seluruh dunia, khususnya di China.

Beliau turut memberikan penghargaan yang tinggi kepada sumbangan Radio Antarabangsa China(CRI) sebagai jambatan yang menghubungkan pendengar di sebahagian dunia melalui siaran berbahasa Melayu.

Naib Pengarah Pusat Penyiaran Asia Tenggara merangkap Ketua Bahagian Bahasa Melayu CRI, Puan Zhang Wenwen menerima buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang dihadiahkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China