Cari:
Thailand Iktiraf Peranan Malaysia di Selatan Thailand
2014-12-02 15:17:28 CRI Cetak

Thailand mengiktiraf peranan Malaysia dalam proses damai selatan Thailand dan negara jiran itu berjanji akan memberikan komitmen kukuh ke arah usaha itu.

Demikian dikatakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas majlis makan tengah hari sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayut Chan-o-cha ke Malaysia semalam.

Menurut beliau, Malaysia dan Thailand juga bersetuju dengan tiga prinsip asas berhubung usaha damai itu. Tiga prinsip itu adalah tempoh tanpa keganasan; semua pihak perlu diwakili dalam rundingan damai itu; dan semua pihak di selatan Thailand perlu bersetuju kepada satu permintaan bersatu yang akan dikemukakan kepada kerajaan Thailand.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China