Cari:
Polis Malaysia Tahan Tiga Suspek Terlibat IS
2014-12-03 13:04:54 CRI Cetak

Polis Malaysia menahan tiga suspek yang disyaki terlibat kumpulan pengganas Negara Islam (IS) di Kedah dan Kuala Lumpur semalam, dua orang daripadanya adalah kakitangan kerajaan.

Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan kenyataan semalam yang menyatakan bahawa dua daripada suspek itu berusia 23 dan 28 tahun, berkhidmat di sebuah jabatan kerajaan di Kuala Lumpur. Kedua-dua mereka disyaki menyumbang dana kepada beberapa rakyat Malaysia yang ingin menyertai kumpulan IS, salah seorang lagi suspek merupakan individu yang pernah menyertai kumpulan pengganas di Syria.

Setakat ini, polis Malaysia telah menangkap 45 orang suspek yang dipercayai menyertai dan menyokong aktiviti kumpulan pengganas IS. Menurut jangkaan pihak berkenaan, sekurang-kurangnya terdapat lebih 30 orang warga Malaysia pergi ke Syria untuk menyertai peperangan di sana.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China